Menulis lagi setelah sekian lama menyepi. masih sama macam yang dulu. tiada hala tuju dalam tulisan ku. tapi bila terbaca Travelog Cinta Abadi : Masa yang Berlalu karya Roza Roslan, timbul azam dalam diri.
'ingin jadi seorang yang hebat seperti beliau. Menyampaikan pesanan secara tersirat'
Pada yang masih berkesempatan, try lah baca buku ni. Insyallah bermanfaat :)
Monday, 18 May 2015
Ingatkan aku...
Kematian sentiasa bersama kita. Tidak kiralah dimana atau siapa pun kita. Mati itu pasti.
sedih. Ramai yang masih belum sedar. Bukan mahu katakan aku adalah antara golongan yang sentiasa ingat mati. Aku pun berlumuran dosa. Sedih.. tahu apa yang bakal menunggu aku di sana andai tidak sempat bertaubat. kadang bila dengar kawan alunkan ayat suci al quran, tiada apa pun rasa menyinggah di hati. Kadang rasa kecewa dengan diri sendiri. Kenapa aku boleh jadi begini? aku ada ibubapa yang penyayang. Tiap kali call, mesti mak, kadang bapa ingatkan " belajar bagus2 ya nak..jangan lupa Tuhan, jangan tinggal solat. Minta tolong sama Tuhan. Doakan kami jugak ya......" Allahu. Jawapan aku? "ya mak, ok pak. Tidak jugak aku tinggal solat ni". Bertimbun-timbun dosa aku kumpul tiap hari.
Saturday, 17 January 2015
Child Abuse Article
Assalammualaikum reader!! Entri kali ni takda la penting sangat. Cuma speech article aku masa buat assignment BI sem 1.. huhuhuhu..nak nangis pun ada masa tu sebab first time buat assignment kan... by the way, harap dapat bantu mana yang memerlukan kan la ye..
*feel free to drop your comments okayyy :)..maaf..bi ku hampehhh
*feel free to drop your comments okayyy :)..maaf..bi ku hampehhh
SPEECH
ON CHILD ABUSE
Assalammualaikum and a very
good morning to our GEC teacher, Sir Carl and also to all my fellow friends. I
am standing here right in front of you not to sing a song or to promote myself
on JPP election. But, I am standing here today to give you a speech on a very
concerning topic nowadays that is child abuse.
My fellow friends,
Child abuse is a growing
epideictic in the world. When a child is
being abuse it can range from any ounce of degree.Child abuse comes in many
different forms and they are; emotional, sexual, physical, and neglect. To
prevent such critical issues, first thing we need to do is to know who is a
child and understand what is child abuse.
Who is a child? According to the Convention on the Rights of
the Child (CRC) and Malaysia’s Child Act 2001, a child is anyone under the age
of 18. Next, what is child abuse?. Child abuse is harm or risk of harm caused to a child by a parent, guardian or another
person in a position of responsibility, trust or power over the child. In
the United State of America, The Centers for Disease Control and Prevention
(CDC) defines child abuse as " child maltreatment as any act or
series of acts of commission or omission by a parent or other caregiver that
results in harm, potential for harm, or threat of harm to a child". There are four major types of child abuse that is
neglect, physical abuse, motional abuse and sexual abuse. In
general, any physical, sexual, or emotional maltreatment or neglect of children
by parents, guardians, or others responsible for a child's welfare can be
considered as an action of child abuse.
Why does child abuse occur ?
Children may be vulnerable to abuse due to several risk and protective factors. When there are multiple risk factors
present, the danger of abuse becomes greater. Risk of abuse increases when a
child’s parents lack an understanding of their children’s developmental stages and hold unreasonable expectations for
their abilities. Parent’s also may be unaware of how to discipline their
children most effectively at each age.
They
might also in the middle of experiencing difficulties in their relationship,
exposed to domestic violence in the household, undergoing marital problems,
divorce, or feeling the stresses of single parenting, isolation and
loneliness. The biggest factor that contribute to child abuse is when the
parents is dependent and addicted to drugs or alcohol. When a human being is
not under control anymore, normally they cannot think reasonable why do they do
that as emotions that they feel such as anger are much more stronger.
Kebaikan dan Keburukan Siber
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, siber membawa
maksud kepada apa-apa yang berkaitan dengan komputer dan juga internet. Internet ibarat pasar raksasa yang menemukan pembeli
dengan penjual dalam ruangIstilah
siber atau ‘ cyberworld ’ ini digunakan untuk pertama kalinya oleh William
Gibson, seorang penulis sains fiksyen dalam bukunya yang bertajuk Neuromancer
4 (1984), yang mana beliau gambarkan
siber sebagai “suatu istilah tekno dan menggugat perasaan tetapi pada dasarnya
tidak bermakna, yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea
sibernatiknya.”
Pada masa kini, istilah siber menjadi suatu perkataan yang sangat lazim
dan digunakan dengan meluas untuk menggambarkan segala sesuatu yang berkaitan
dengan komputer, teknologi maklumat, internet dan pelbagai budaya internet.
Dalam bahasa yang lebih mudah, ia merujuk kepada dunia atas talian, iaitu suatu
tempat yang benar-benar wujud, walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar
namun kesannya boleh dirasai.
Pembangunan
pula menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah perihal membangun, proses
membangun (mencapai kemajuan, perkembangan) usaha atau kegiatan membangunkan
(memajukan dan mengembangkan).
Seiring dengan zaman modenisasi,ledakan internet telah merancakkan lagi
perkembangan teknologi maklumat bukan sahaja pada peringkat global malahan
negara Malaysia turut mendapat tempiasnya. Pada era yang serba moden dan
mencabar ini, kemudahan internet bagaikan telah menjadi suatu kewajipan bagi
semua umat manusia agar tidak ketinggalan dan menjadi katak bawah tempurung.
Boleh dikatakan, hampir semua aspek pembangunan termasuklah aspek ekonomi,
sosial, dan politik menjadikan internet suatu wadah untuk menyampaikan maklumat
dengan pantas, berkesan dan mudah. Justeru, kebanyakan pengguna tidak
mengendahkan impak penggunaan internet sama ada baik atau buruk selagi apa yang
cuba mereka luahkan dapat disampaikan kepada semua. Dalam penulisan
saya ini akan lebih
melihat kepada dunia siber dari segi pengunaan teknologi dan Information Communication
Technology (ICT).
2.0 KELEBIHAN PENGGUNAAN SIBER DALAM ASPEK SOSIAL,
EKONOMI DAN POLITIK DI MALAYSIA
2.1 PENGENALAN
Alam siber terus mendapat perhatian meluas dalam kalangan rakyat
Malaysia pada masa kini terutamanya bagi generasi Z yang lahir dengan teknologi
moden. Alam siber seakan menjadi suatu keutamaan hidup manusia disebabkan
keupayaannya untuk menyebarkan maklumat dengan pantas. Ideologi maklumat di
hujung jari pula digunapakai dan dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ke tahap
maksima agar hasilnya turut mencapai objektif maksima. Acapkali siber dikaitkan
dengan berita-berita bersifat negatif seperti jenayah siber sehingga menimbulkan
tanggapan buruk sesetengah masyarakat terhadap isu ini dan mengambil langkah
dengan tidak menggunakan kemudahan siber lagi. Akan tetapi, golongan ini amat
rugi kerana memutuskan hubungan dengan kemudahan siber lantas mengakibatkan
mereka tertinggal info-info semasa yang penting dalam aspek sosial, ekonomi dan
politik.
2.2 KELEBIHAN
ALAM SIBER DALAM ASPEK SOSIAL
Dalam aspek sosial, alam siber memainkan beberapa peranan yang amat
penting. Antara peranan siber merangkumi bidang pendidikan, keselamatan dan perhubungan
serta komunikasi sesama rakyat.
Bidang pendidikan di Malaysia kini bukan lagi seperti era
pascakemerdekaan yang telah berlalu. Terdapat perbezaan yang amat ketara
apabila sejarah pendidikan negara dikupas kembali. Ketika zaman semakin berlalu
sehinggalah ke hari ini, penggunaan komputer dan jaringan internet adalah suatu
kemestian. Murid- murid diberikan pendedahan mengenai alam siber sejak kecil
lagi melalui pendidikan formal dan tidak formal. Penggunaan siber secara
berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran
membuka pemahaman murid terhadap suatu dimensi baru dalam dunia masa kini.
Selain itu, alam siber berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
terhadap pelajaran dan memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
murid yang pelbagai jenis tahap keupayaan diri, meningkatkan motivasi murid
untuk terus belajar serta membolehkan pembelajaran secara bersendirian (individualise learning).
Seterusnya,
alam siber yang berteknologi terkini telah membawa hikmah kepada negara iaitu
pengukuhan keselamatan terhadap maklumat penting dan sulit oleh pakar-pakar
komputer. Keselamatan siber merupakan komponen yang amat penting dalam
keselamatan negara, keselamatan awam dan privasi bahkan amat berkait rapat
dengan isu kedaulatan. Oleh itu, kerajaan khususnya telah mula menyediakan ruang dan peluang bagi
pakar perundangan dan para profesional teknikal untuk berbincang dan menerokai
kemungkinan serta peluang bagi merapatkan jurang di antara aspek perundangan
dan teknikal dalam mengendalikan kes-kes jenayah siber memandangkan proses
menyelesaikan jenayah siber harus mempunyai sinergi antara aspek perundangan
dan teknikal. Selain itu, Malaysia turut mempereratkan lagi hubungan
diplomatik sedia ada yang baik dengan negara luar agar dapat mempertingkatkan
kerjasama sambil dapat berkongsi maklumat serta kepakaran dalam keselamatan
komputer.
Dari
segi perhubungan dan komunikasi, alam siber merupakan salah satu perantaraan
yang sangat berkesan dan efisien untuk melakukan pertukaran informasi jarak
jauh mahupun dekat. Kebanyakkan
manusia sekarang mengunakan laman capaian internet atau web untuk
berhubung, berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai cara. Capaian kepada
internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian
fail, kumpulan perbincangan (group
discussion) dan perbualan secara atas talian (chatting). Ada yang menggunakan media elektronik (e-mel) untuk
berhubung dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja.
Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada
pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Dan, ada pula pelajar yang menggunakan
kumpulan perbincangan dan perbualan secara atas talian (chatting) untuk mencari dan menambahkan kenalan dari segenap
pelosok dunia untuk bertukar-tukar fikiran serta idea dalam bidang minat yang
sama. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan
geografi antara rakan siber mereka.
2.3 KELEBIHAN ALAM SIBER DALAM ASPEK POLITIK
Teknologi alam siber terutamanya internet sememangnya memberikan peluang
yang luas kepada masyarakat untuk melibatkan diri secara tidak langsung dalam
perbincangan dan perdebatan tentang hal ehwal politik semasa di sesebuah
negara. Hal ini terbukti di negeri Johor di mana pengundi menjadi lebih
bermaklumat dan matang kerana dapat memanfaatkan kemudahan internet
secara optimum. Pemerhatian yang dilakukan telah mendapati wujudnya hubungan yang rapat antara akses dan
penggunaan internet dengan keputusan pengundi
terhadap parti yang dipilih. Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 jelas menunjukkan
hakikat tersebut.
Secara keseluruhan, internet diumpamakan fungsinya sebagai sfera awam
yang dapat memberikan ruang serta peluang kepada rakyat untuk mengeluarkan
pendapat tentang politik. Hal ini cukup baik dan merupakan salah satu langkah
bijak kerana ia boleh membantu negara mencapai matlamat demokrasi yang unggul,
adil, bebas, berprinsip dan telus. Dunia siber juga berperanan dalam proses
demokrasi kerana ia berfungsi memudahkan masyarakat untuk mengakses pelbagai
informasi maklumat tanpa sekatan. Menerusi jaringan internet, masyarakat dapat
mengetahui pelbagai maklumat yang berbeza daripada media tradisional dari segi
skop liputan, fokus, ketelusan penulis, motif, dan kaedah penyampaian. Di
samping itu, siber adalah medium yang paling berpotensi dalam memupuk proses
demokrasi kerana elemen kepantasan yang ada padanya. Internet bebas dari
penguasaan sesiapa boleh dimanfaatkan untuk menyebarkan maklumat yang tepat
tentang isu semasa yang berlaku. Dalam konteks politik, pemaparan maklumat yang
tepat tanpa cenderung kepada mana-mana parti politik adalah elemen demokrasi
yang penting untuk dicapai oleh negara Malaysia amnya.
Justeru semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar akses
kepada dunia siber semata-mata digunakan sebagai wahana penyebaran maklumat
politik yang tepat tanpa wujudnya unsur tokok tambah mahupun penyelewengan
maklumat bagi mewujudkan interakasi, wacana, perbincangan dan debat yang segar,
rasional, tidak menghasut, menghormati tatasusila dan undang-undang. Jika
ini dapat dilakukan, demokrasi dan sistem politik negara akan dapat
diperkasakan di samping menghasilkan rakyat yang berminda ‘kelas pertama’.
2.
4 KELEBIHAN ALAM SIBER TERHADAP ASPEK
EKONOMI
Kemajuan siber
juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita.
Perkembangan komputer dan teknologi maklumat secara langsung atau tidak langsung
membantu meningkatkan produktiviti manusia. Hampir semua kerja dapat dijalankan
dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan minimum. Umpamanya, dengan adanya
e-mel, walaupun telah melewati batas sempadan negara, masa dan ruang, sesuatu
maklumat dapat dihantar dengan cepat. Tanpa kewujudan alam siber, kita tidak akan
pernah berpeluang bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap
sebagai ketinggalan zaman dan tidak mempunyai nilai .
Kemampuan
grafik internet membolehkan para usahawan kita untuk mempersembahkan jenis
produk yang ada secara dinamik dan dalam format yang interaktif. Golongan ini
juga dapat membuat brosur berwarna dan menyebarkannya tanpa dibebani kos
cetakan yang tinggi. Hanya dengan pelaburan yang relatifnya kecil, tidak
mustahil sudah kini bagi produk para usahawan ini menembusi pasaran global.
Walaupun usahanya hanya sebuah bisnes berskala tempatan atau kecil, pelaburan terhadap
produk tersebut mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Kita
sebagai rakyat wajar bersyukur kerana kerajaan Malaysia telah memberi tumpuan
kepada pembangunan teknologi maklumat apabila Tun Dr. Mahathir memperkenalkan
projek mega iaitu, Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai
Multimedia Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari
Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA). Projek tersebut ternyata memberikan gambaran positif bahawa Malaysia
serius dalam membangunkan pusat multimedianya. Oleh itu, terbuktilah
bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan Malaysia berdiri sama
tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Kesimpulannya,
penggunaan siber membawa banyak manfaat sekiranya digunakan dengan cara yang
betul. Bukan sahaja ekonomi negara akan meningkat, malahan sistem politik
negara juga terkesan melalui perkembangan dunia siber ini. Taraf hidup
masyarakat di Malaysia turut dapat dilonjakkan ke tahap yang lebih baik serta
selesa. Dunia siber dalam bidang pendidikan adalah wajar unutk memberikan
murid-murid pemahaman lebih terhadap
perkembangan global masa kini. Dengan itu, barulah mereka dapat dijadikan
harapan masa depan untuk mengulang semula zaman kegemilangan negara ini suatu
ketika dahulu di persada antarabangsa.
3.0
KEBURUKAN PENGGUNAAN ALAM SIBER DALAM ASPEK SOSIAL,
EKONOMI DAN POLITIK
3.1
KEBURUKAN PENGGUNAAN ALAM SIBER DALAM ASPEK SOSIAL
Minat
remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong
mereka menghabiskan masa di kafe-kafe siber (cyber cafe) dan internet café. Aktiviti seperti perbualan atas
talian, permainan video, mesej pesanan ringkas (SMS), mesej multimedia (MMS),
3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri.
Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran yang besar kepada ibubapa mereka. Ramai
pelajar yang sanggup ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku yang diberi,
meminjam wang rakan bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Hal ini
mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orang ramai terhadap masalah
pelajar yang mengunjungi pusat internet pada waktu persekolahan dan selepas
persekolahan. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di kafe siber,
tidak ada masa berkualiti bersama keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta
gejala sosial yang kian meruncing dalam kalangan remaja. Hal ini juga menyebabkan
kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat
internet.
Alam
siber dan teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran
unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan
bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja
yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan
porno ini. Pengusaha-pengusaha ini bersikap bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing kerana hanya ingin mengaut keuntungan besar
dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan
bayaran sehingga RM50.00 sejam, malahan ada segelintir daripada mereka
mengnakan caj yang kebih tinggi mengikut tahap perkhidmatan yang diberikan.
Masalah ini juga telah merebak dengan cepat dalam kalangan pelajar
sekolah tanpa mengira lelaki atau perempuan. Hal ini amat memeningkan kepala
para guru dan ibu bapa memandangkan generasi muda ini lah yang bakal menjadi
pelapis dalam barisan kepimpinan negara pada masa akan datang. Hampir semua
pelajar sekolah hari ini di seluruh Malaysia terdedah kepada ancaman negatif siber.
Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi kerana kafe-kafe
ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam
kalangan remaja dan belia.
Pengaruh siber
yang menular dalam kehidupan masyarakat moden hari ini jelas telah berjaya mengubah
paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat
dalam aspek pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku, hiburan telah menukar jati
diri manusia khususnya masyarakat Malaysia yang pada suatu ketika terkenal
kerana kekayaan budayanya yang unik. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila
pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara
atau semasa musim perayaan sahaja. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang
dibanggakan atas alasan sudah lapuk
ditelan arus perubahan zaman. Makanan seperti kuih tradisional sudah digantikan
dengan makanan import pelbagai jenama terkenal di dunia. Seperkara lagi
permasalahan yang menarik dalam isu siber ialah berlakunya tanpa disedari iaitu
kerosakan bahasa sedangkan pepatah Melayu ada menyebut:
“Yang kurik Itu kendi, yang merah itu saga, yang elok itu
budi, yang indah Itu bahasa”
Bahasa SMS
dan chatting menggunakan tulisan yang
ringkas dan mudah. Kesannya terbawa-bawa ke dunia realiti sehingga banyak pihak
menerima pakai bahasa tersebut dalam komunikasi harian mereka terutama dalam
kalangan anak remaja. Contohnya, perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan
dengan berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam yang sudah tersebar luas
penggunaannya. Perkataan ini langsung tidak tepat dari susunan ejaan,
kata-kata, maknanya dan ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan
dan bahasa itu sendiri.
3.2
KEBURUKAN
PENGGUNAAN SIBER DALAM ASPEK POLITIK
Pembangunan
pesat dunia siber tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini
lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif yang boleh menggugat keamanan
negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak yang
menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar angin palsu yang tidak
berasas dan berbaur fitnah. Di Malaysia sendiri, segelintir pihak yang
tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan
khabar-khabar angin. Contohnya, terdapat khabar angin yang mengatakan
bahawa akan berlaku rusuhan kaum sekali lagi pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit,
Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar
angin seperti ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan
kemanusiaan andai tidak dibendung dari akar umbi. Semua ini akan membawa
kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi
pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin
terpaksa dihadapi sekali lagi oleh negara dan rakyat kita.
Kemajuan siber
juga mendatangkan kesan buruk apabila kini berlaku pula pencerobohan maklumat
yang disebut sebagai "penggodam" di mana maklumat sulit sesebuah
negara boleh diceroboh dengan mudah. Melalui teknologi terkini juga,
pengubahsuaian ke atas sesuatu gambar boleh dibuat. Kadangkala ia memberi kesan
buruk kerana boleh menyebabkan fitnah. Internet juga membuka jalan kepada
jenayah komputer. Orang yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke
dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet.
Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer
itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat
tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu.
Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga
melumpuhkan sistem komputer.
Keadaan
ini amatlah berbahaya kepada negara kerana penjenayah akan cuba mencuri dan
menjual maklumat sulit pertahanan kepada pihak musuh dengan harga tinggi. Sewajarnya, insiden
penggodaman terhadap dua sistem atas talian milik Jabatan Penerangan Malaysia
iaitu sistem e-Press dan e-Akhbar pada 18 Februari 2013 wajar dijadikan iktibar
oleh semua pihak kerana ini bukan kali pertama kes laman web rasmi jabatan
kerajaan digodam oleh individu dan golongan yang tidak bertanggungjawab. Sebelum
ini, terdapat beberapa lagi laman web jabatan kerajaan lain yang turut menjadi
mangsa kerakusan penggodam untuk mencapai kepuasan peribadi mereka. Internet
Security Threat Report yang diterbitkan oleh Symantec Corporation
menyatakan Malaysia adalah antara negara sasaran yang paling disukai
oleh penyerang siber. Bagi tempoh Julai-Disember 2005, Malaysia berada pada
kedudukan kelapan daripada 10 buah negara di wilayah Asia Pasiflk yang kerap
diserang oleh penyerang siber
3.3
KEBURUKAN
PENGGUNAAN SIBER DALAM ASPEK EKONOMI
Dengan
hanya memiliki sebuah komputer, Internet dan perisian pelayar, seseorang penjenayah siber boleh mencipta laman web bank
untuk melesapkan berjuta ringgit wang pelanggan. Malah untuk mencipta laman web
palsu ini, mereka tidak perlu masa yang lama, hanya kira-kira satu hingga dua
jam sahaja memandangkan perisian untuk kegiatan tersebut boleh didapati di
pasaran gelap.
Kegiatan itu bagaimanapun tidak boleh meniru URL (alamat domain) asal laman web bank berkenaan kerana ia dilindungi, tetapi mereka boleh mewujudkan rangkaian alternatif sehingga mengelirukan para pelanggan bank. Ini bukan satu perkara yang pelik memandangkan kecanggihan teknologi masa kini semakin berada diluar jangkaan.
Kegiatan itu bagaimanapun tidak boleh meniru URL (alamat domain) asal laman web bank berkenaan kerana ia dilindungi, tetapi mereka boleh mewujudkan rangkaian alternatif sehingga mengelirukan para pelanggan bank. Ini bukan satu perkara yang pelik memandangkan kecanggihan teknologi masa kini semakin berada diluar jangkaan.
Kesan jenayah siber
merugikan banyak pihak terutamanya mereka yang hanya merupakan pengguna
komputer. Mereka mengalami kerugian sehingga mencecah angka jutaan ringgit
akibat penjenayah menggunakan teknologi maklumat koridor (ICT) untuk melakukan
penipuan atau sebagai medium perjudian maya yang melampaui batasan wilayah.
Gejala ini semakin merebak dan melibatkan ramai orang termasuk golongan yang
berpendidikan tinggi. Sebagai contohnya, penjenayah yang berselindung di bawah
tiket ‘perdagangan wang asing’; atau ‘dagangan tukaran wang’ dan ‘jualan maya’
bergiat aktif melakukan penipuan terhadap penggunaan komputer. Sebagai contoh, seseorang
pengguna itu diminta supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun melalui pautan
URL sesuatu laman web yang dikatakan menjalankan urus niaga itu tetapi
sebenarnya urusan tersebut merupakan suatu helah untuk mengaburi mata pengguna
yang jahil.
Akibat
jenayah siber yang sering berlaku, banyak syarikat mula mengorak langkah untuk
menaik taraf tahap keselamatan mereka termasuk menyuruh para pekerja agar
memasukkan lebih banyak kata laluan atau pin keselamatan. Kesan daripada itu, pekerja akan terganggu tumpuan mereka di
tempat kerja, lantas menyebabkan penurunan hasil produktiviti syarikat
Alahai!!!!! Jerawat tumbuh lagi! Taknak!!!!!!!!!!!
Haahahahh.. masalah jerawat ni memang tak pernah habis-habis kan. Trutama untuk yang ladies tu, memang musuh utama la jawabnya :#
Hookayyyy!!! Memandangkan ramai yang alami masalah jerawat ni, haaaa...amek dan baca kat sini tips-tips rahsia wajah bersih dan awet muda menurut Islam. Sangat mudah simpla kedaBOMMM gituuuuu...
Petua 1
Bangun pagi-pagi sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan urutan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi dengan selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari tau.
Petua 2

Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat sambil selawat. Then, baru teguk. Geli? Jangan.... Air liur ni ada enzim yang boleh jadi ubat tau.
Petua 3

bersambung....!!!!
10 Pintu Masuk Untuk Syaitan

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (Al-A'raaf 7:16)
Assalammualaikum reader!!!
Semoga sentiasa berada dalam redha Allah swt dan sihat sejahtera hendaknya ye :)
Tadi masa tengah boring tahap gaban x tau nak buat apa kan.. tetiba terfikir nak letak entri ni. Almaklum la, blogger baru kan. Mana la tau nak cite ape kat dalam ni. hehehhe*sengih kambing*
Seorang solihin berkata;
" Saya telah merenung dan memikirkan dari manakah syaitan masuk kedalam diri manusia, ternyata syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui 10 pintu"
Allahu! Masa terbaca pasal ni, agak-agak la kan, apa 10 pintu tu?
Haaaa...nak tahu? Kenalah baca sampai habis k! Mudah-mudahan setelah kita tahu 10 pintu tersebut, dapatlah kita buat benteng untuk elakkan syaitan masuk kan..kan?!
1. Tamak dan Buruk Sangka.
Hadapi nya dengan menaruh kepercayaan kepada Allah dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada ok:)
2. Cinta Dunia.
Hadapi nya dengan sentiasa mengingat ajal maut kita yang tak lama lagi menjelma di hadapan pintu. Tidak semestinya manusia itu dijemput bila sudah tua. Dengan keadaan dunia yang semakin nazak sekarang ni pun dah ramai dah kita dengar kat berita orang yang mati ketika usia muda kan...
3. Malas dan Cinta Kemewahan
Hadapinya dengan keyakinan bahawa suatu hari nanti kenikmatan yang ada akan hilang dan balasan buruk akan menimpa terhadap manusia yang lalai.
4. Kagum dengan Diri Sendiri.
Hadapilah dengan rasa terhutang budi kepada Allah yang Maha Pemurah serta Maha Pengasih dan takut akan murkaNya.
5. Memandang Rendah Orang Lain.
Hadapinya dengan mengenali hak-hak orang lain serta menghormati mereka secara wajar.
6. Hasad Dengki.
Hadapi lah ia dengan melatih diri merasa cukup dengan apa yang dimiliki (Qana'ah) serta yakin bahawa rezeki setiap insan itu telah ditentukan oleh Allah .
7. Riya' dan Suka Pujian.
Hadapinya dengan hati ikhlas semata-mata kerana Allah.
8. Bakhil (Kedekut)
Hadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada itu tidak akan kekal lama dan yang kekal itu berada di sisi Allah.
9. Takabbur (Membesarkan Diri)
Hadapinya dengan Tawadhuk.
10. Tamak Haloba.
Hadapi seyakinnya dengan ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang dimiliki manusia.

Thursday, 15 January 2015
Nur Untuknya
Tinggal beberapa minit lagi, azan menandakan masuknya waktu solat fardhu Isyak akan berkumandang di masjid. Dia bingkas bangun daripada perbaringannya yang empuk dan segera mengambil wudhu untuk mengerjakan solat fardhu Maghrib. Aduhaiii! Tinggal beberapa minit sahaja lagi berbaki. Lambat. Namun, pada anggapannya tidak mengapa. Asalkan dia melaksanakannya, sudah pasti kewajipannya tertunai.
Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud yang yang terakhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan berasa letih. Sangat letih.
Tiba-tiba, dia terbangun. Jeritan dan bunyi bising manusia menampar gegendang telinga. Dia terpempam. Dahinya mula berpeluh tatkala mata memandang sekeliling. Bagaikan tidak percaya. Suatu suasana yang sangat sesak. Setiap ruang dan sudut yang dipandang penuh dengan manusia. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling; ada yang berjalan mundar-mandir bagai cacing kepanasan, dan ada yang berlutut sambil menutup muka mereka dengan telapak tangan. Hanya menunggu di situ dengan penuh ketakutan. Dia menggigil dan berasa bimbang. Kakinya seakan tidak mampu untuk menampung beban lagi kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.
Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat!
Hari itu adalah hari Mahsyar!!
Sewaktu hidupnya, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi baginya kiamat dan yaumil mahsyar itu masih terlalu lambat lagi untuk berlaku.
Ahhh! Mana mungkin! Dia sedang bermimpi barangkali.
Tidak! Melihat keadaan sekelilingnya semua itu terlalu benar rasanya untuk dikatakan sebagai imaginasi.
Soal siasat kini sedang berjalan.
Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan bertanya kepada mereka jika namanya sudah dipanggil. Tetapi, tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mempedulikannya. Semua sibuk dengan urusan masing-masing. Menghitung berapa banyakkah sudah amal jariah yang dilakukan.
Sedang dia tercari-tercari arah, terdengar namanya dipanggil dan orang ramai yang tadinya ibarat semut yang lari bertempiaran kini berpecah kepada dua barisan untuk memberikan laluan kepadanya. Dua malaikat memegang tangannya, mengiring dan membawanya ke hadapan. Dengan lemah dan pasrah langkahnya diatur . Para malaikat membawanya ke tengah kawasannmdan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tertunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem. Dia membuka matanya, tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya dipamerkan. Orang ramai semua tak menghiraukannya.
bersambung...... Apa yang bakal terjadi kepada dirinya?
Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud yang yang terakhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan berasa letih. Sangat letih.
Tiba-tiba, dia terbangun. Jeritan dan bunyi bising manusia menampar gegendang telinga. Dia terpempam. Dahinya mula berpeluh tatkala mata memandang sekeliling. Bagaikan tidak percaya. Suatu suasana yang sangat sesak. Setiap ruang dan sudut yang dipandang penuh dengan manusia. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling; ada yang berjalan mundar-mandir bagai cacing kepanasan, dan ada yang berlutut sambil menutup muka mereka dengan telapak tangan. Hanya menunggu di situ dengan penuh ketakutan. Dia menggigil dan berasa bimbang. Kakinya seakan tidak mampu untuk menampung beban lagi kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.
Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat!
Hari itu adalah hari Mahsyar!!
Sewaktu hidupnya, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi baginya kiamat dan yaumil mahsyar itu masih terlalu lambat lagi untuk berlaku.
Ahhh! Mana mungkin! Dia sedang bermimpi barangkali.
Tidak! Melihat keadaan sekelilingnya semua itu terlalu benar rasanya untuk dikatakan sebagai imaginasi.
Soal siasat kini sedang berjalan.
Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan bertanya kepada mereka jika namanya sudah dipanggil. Tetapi, tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mempedulikannya. Semua sibuk dengan urusan masing-masing. Menghitung berapa banyakkah sudah amal jariah yang dilakukan.
Sedang dia tercari-tercari arah, terdengar namanya dipanggil dan orang ramai yang tadinya ibarat semut yang lari bertempiaran kini berpecah kepada dua barisan untuk memberikan laluan kepadanya. Dua malaikat memegang tangannya, mengiring dan membawanya ke hadapan. Dengan lemah dan pasrah langkahnya diatur . Para malaikat membawanya ke tengah kawasannmdan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tertunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem. Dia membuka matanya, tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya dipamerkan. Orang ramai semua tak menghiraukannya.
bersambung...... Apa yang bakal terjadi kepada dirinya?
Subscribe to:
Posts (Atom)