Tinggal beberapa minit lagi, azan menandakan masuknya waktu solat fardhu Isyak akan berkumandang di masjid. Dia bingkas bangun daripada perbaringannya yang empuk dan segera mengambil wudhu untuk mengerjakan solat fardhu Maghrib. Aduhaiii! Tinggal beberapa minit sahaja lagi berbaki. Lambat. Namun, pada anggapannya tidak mengapa. Asalkan dia melaksanakannya, sudah pasti kewajipannya tertunai.
Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud yang yang terakhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan berasa letih. Sangat letih.
Tiba-tiba, dia terbangun. Jeritan dan bunyi bising manusia menampar gegendang telinga. Dia terpempam. Dahinya mula berpeluh tatkala mata memandang sekeliling. Bagaikan tidak percaya. Suatu suasana yang sangat sesak. Setiap ruang dan sudut yang dipandang penuh dengan manusia. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling; ada yang berjalan mundar-mandir bagai cacing kepanasan, dan ada yang berlutut sambil menutup muka mereka dengan telapak tangan. Hanya menunggu di situ dengan penuh ketakutan. Dia menggigil dan berasa bimbang. Kakinya seakan tidak mampu untuk menampung beban lagi kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.
Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat!
Hari itu adalah hari Mahsyar!!
Sewaktu hidupnya, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi baginya kiamat dan yaumil mahsyar itu masih terlalu lambat lagi untuk berlaku.
Ahhh! Mana mungkin! Dia sedang bermimpi barangkali.
Tidak! Melihat keadaan sekelilingnya semua itu terlalu benar rasanya untuk dikatakan sebagai imaginasi.
Soal siasat kini sedang berjalan.
Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan bertanya kepada mereka jika namanya sudah dipanggil. Tetapi, tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mempedulikannya. Semua sibuk dengan urusan masing-masing. Menghitung berapa banyakkah sudah amal jariah yang dilakukan.
Sedang dia tercari-tercari arah, terdengar namanya dipanggil dan orang ramai yang tadinya ibarat semut yang lari bertempiaran kini berpecah kepada dua barisan untuk memberikan laluan kepadanya. Dua malaikat memegang tangannya, mengiring dan membawanya ke hadapan. Dengan lemah dan pasrah langkahnya diatur . Para malaikat membawanya ke tengah kawasannmdan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tertunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem. Dia membuka matanya, tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya dipamerkan. Orang ramai semua tak menghiraukannya.
bersambung...... Apa yang bakal terjadi kepada dirinya?
No comments:
Post a Comment